10 soalan yang anda kena tahu sebelum jual rumah.
Sekiranya anda berkira-kira untuk menjual rumah jom kita lihat, apakah antara soalan yang penting yang perlu kita tahu sebelum memulakan proses jual beli.
Proses jual rumah bukan lah sesuatu yang mudah dan ringkas pada umum nya. Maka sebelum menjual hartanah tersebut mari kita pertimbangkan soalan-soalan di bawah:-
- Berapa nilai pasaran semasa rumah.
Ini adalah antara soalan utama yang perlu diberi perhatian kerana dengan mengetahui harga pasaran semasa rumah maka mudah lah untuk kita meletakkan harga yang sesuai supaya dapat menarik pembeli, dan seterusnya hartanah dapat terjual dengan cepat.
- Berapa jumlah keuntungan dari hasil jualan.
Keuntungan boleh dilihat dengan mengira perbezaan diantara harga jual dan baki hutang di bank. Termasuk juga kos ejen hartanah, kos peguam dan apa-apa kos yang berkaitan dengan penjualan hartanah tersebut. Setelah mengambil kira semua kos terlibat maka pastikan harga rumah yang dijual lebih tinggi dari baki hutang untuk mengelakkan diri dari kerugian.
- Apakah dokumen yang perlu penjual sediakan.
Antara dokumen penting yang perlu disediakan ialah salinan sales and purchase agreement (SPA), geran rumah, cukai tanah dan cukai pintu, serta bil-bil utiliti. Dokumen ini amat diperlukan semasa pembeli membuat pembiayaan bank.
- Adakah Ejen hartanah diperlukan dalam urusan jualan hartanah ini.
Kita seharusnya membuat sedikit penyelidikan untuk memahami kebaikan dan keburukan menggunakan perkhidmatan agensi jual beli hartanah. Ejen yang berpengalaman dah boleh dipercayai dapat membantu kita mempercepatkan urusan jual beli hartanah.
Ejen hartanah adalah pekerjaan yang memfokus kepada jual-beli dan sewa hartanah. Ejen hartanah dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Kos ejen hartanah telah ditetapkan oleh LPPEH iaitu 3% daripada harga jual.
- Apakah kos dan yuran yang terlibat ketika menjual hartanah.
Antara kos-kos biasa yang termasuk ketika proses jual beli adalah yuran enjen hartanah, yuran guaman, yuran pindahmilik (penyempurnaan hakmilik) dan kos pembaikan atau pengubahsuaian yang mungkin diperlukan.
- Bilakah Proses Jual Beli Dijangka Selesai
Anggaran tempoh masa dari mula penyenaraian sehingga penjualan lengkap, mungkin berbeza mengikut keadaan pasaran.
Seterusnya jenis pegangan samada pegangan bebas atau pajakan. Pegangan bebas lebih cepat selesai berbanding rumah pajakan. Ini kerana rumah pajakan perlu mendapatkan kebenaran pindah milik dari kerajaan negeri dan proses ini memakan masa. Tempoh masa bergantung pada sesuatu kawasan.
Selain itu status geran boleh mempengaruhi tempoh masa jual beli tersebut. Terdapat dua jenis geran iaitu untuk rumah landed dipanggil geran individu dan highrise dipanggil geran strata. Rumah yang telah mempunyai geran dan nama pemilik telah dimasukkan ke dalam geran lebih cepat selesai daripada rumah yang belum mempunyai geran.
Oleh itu anda dinasihatkan membuat penyempurnaan hakmilik atau perfection of tranfer apabila diminta. Sekiranya pemaju tidak memberi kebenaran untuk direct tranfer, maka double tranfer pastinya akan memakan masa yang lebih panjang.
Secara umumnya banyak faktor bagi menentukan tempoh masa jual beli selesai. Kebiasaanya rumah freehold boleh selesai dalam 3-4 bulan dan leasehold 4-6 bulan. Untuk melancarkan proses jual beli ini anda dinasihatkan untuk melantik peguamcara yang baik dan boleh dipercayai.
- Adakah terdapat kerja renovasi terhadap rumah tersebut?
Kita perlu tahu jika terdapat renovasi yang dilakukan terhadap rumah tersebut, dan sama ada renovasi itu sudah siap dan kemas. Selain itu, renovasi tersebut juga harus dibuat dengan kelulusan oleh jabatan yang berkaitan untuk mengelakkan daripada berlaku apa-apa masalah pada masa hadapan.
- Apakah kesan cukai daripada penjualan rumah tersebut.
Antara contoh persoalan yang perlu di ambil kira, dengan memahami implikasi cukai daripada hasil penjualan rumah dan jika terdapat sebarang insentif atau pengecualian cukai yang boleh diguna pakai. Apabila kita menjual rumah dan mendapat keuntugan, kerajaan akan mengenakan cukai atas keuntungan jualan yang anda terima. Ini dikenali sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT). Kadar cukai yang kerajaan kenakan, bergantung kepada berapa lama anda dah beli hartanah tersebut.
- Apakah yang perlu dilakukan untuk menyediakan rumah yang hendak dijual.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh tuan rumah dalam menyediakan rumah yang hendak dijual agar dapat menarik perhatian pembeli, ini mungkin temasuk pembaikan kecil, membuat pembersihan supaya kelihatan lebih kemas, mengubahsuai rumah kepada yang lebih moden dan ‘staging’ rumah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pembeli.
- Bagaimana tuan rumah harus memasarkan rumah yang hendak dijual?
Strategi pemasaran yang berkesan, termasuk fotografi professional, iklan dalam talian, atau pameran terbuka dan lain-lain lagi.
Diharap agar penulisan ringkas ini dapat serba sedikit memberi panduan dan membantu kita sekiranya kita bercadang untuk menjual rumah.