5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Dapat Kunci Rumah

Bagi pemilik rumah baru, pasti waktu yang paling mengujakan adalah saat kita menerima kunci dan pemilikan kosong dari pihak peguam selepas proses jual beli telah selesai. Namun harus diambil tahu, selepas kunci rumah telah berada dalam genggaman, terdapat 5 perkara penting yang perlu dilakukan oleh anda sebagai pemilik baru rumah tersebut.

Sering kali perkara ini diabaikan, walaupun peguam anda telah menerangkan perkara ini Ketika anda menerima kunci rumah. Jadi mari kita lihat, apa 5 perkara penting yang anda perlu buat selepas menjadi pemilik rumah baru subsale.

  1. Tukar Nama Bil Cukai Taksiran

Cukai taksiran atau lebih dikenali sebagai cukai pintu, adalah bayaran cukai yang perlu dibuat setiap 2 penggal setahun mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah masing-masing.

Harus diingat, terdapat 2 cukai yang perlu dibayar setiap tahun bagi pemilik rumah. Yang pertama, cukai tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan kedua, cukai taksiran kepada PBT.

Ketika cukai tanah telah ditukar nama kepada pemilik baru tanpa pemilik baru perlu melakukan apa-apa, lain pula ceritanya dengan cukai pintu. 

Pemilik baru perlu membuat penukaran nama sendiri ke PBT atau lebih senang dikenali sebagai Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya di daerah rumah tersebut.

Pemilik baru cuma perlu membawa salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli atau Sale & Purchase Agreement, dan salinan geran tanah yang telah didaftarkan atas nama pemilik baru. Jangan lupa juga bawa bil cukai taksiran, kalau tidak, bagaimana pula pegawai PBT nak buat semakan nombor cukai pintu rumah tersebut.

  1. Tukar Nama Bil Elektrik / TNB

Bil ini kebiasaannya semua orang dah tahu. Paling basic dan diperlukan di dalam rumah saat kita pertama kali masuk.

Anda ada 2 pilihan, sama ada nak buka akaun baru atau tukar penama dari akaun owner sebelum. 

Kalau anda ingin buka akaun baru, anda kena pastikan pemilik lama telah menyelesaikan semua tunggakan bil. Kalau tidak, memang anda tidak boleh buat buka akaun baru. Selalunya pilihan untuk buka akaun baru ini dibuat sebab pemilik lama telah menutup akaun elektrik atas nama mereka. Nak tak nak, pemilik baru kena juga buka akaun baru atas nama mereka.

Cadangan kedua yang lebih baik adalah tukar nama dari akaun pemilik lama. Jika pemilik lama belum menutup akaun mereka, disarankan untuk kita tukar sahaja nama dalam akaun TNB tersebut. Dengan cara ini, proses lebih cepat dan tiada pemotongan yang akan dilakukan oleh pihak TNB.

Jangan lupa untuk sediakan bayaran deposit dan dokumen rumah seperti SPA sebagai bukti pemilikan. Anda boleh buat penukaran ini secara online di MyTNB atau walk-in sahaja di mana-mana cawangan TNB.

  1. Tukar Nama Bil Air

Untuk tukar nama di bil air, anda perlu ke pejabat syarikat air seperti SAINS (Negeri Sembilan), AIR SELANGOR (Selangor), AKSB (Kelantan), PAIP (Pahang) dan lain-lain mengikut negeri rumah tersebut.

Sudah tentu kita kena pastikan tunggakan bil lama telah diselesaikan sebelum kita boleh buat penukaran nama atau membuka akaun baru. Sama juga seperti penukaran nama bil elektrik, kita perlu membuat bayaran deposit sebelum boleh buat penukaran atau buka akaun baru. Berapa bayaran deposit? Bergantung kepada keluasan dan kapasiti rumah.

  1. Tukar Nama Bil Indah Water IWK 

Bil Indah Water ni antara bil yang kerap terlepas pandang, tapi kepentingan dia pun sama seperti bil air dan elektrik.

Caj pembetungan ini perlu dibayar kepada IWK setiap penggal, 2 kali setahun. Caj pembentungan tidak mahal, kadang-kadang hanya RM8.00 sebulan.

Untuk membuat penukaran nama bil pembetungan, anda cuma perlu mengemukakan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan cukai taksiran @ pintu dan e-mel kepada care@iwk.com.my. Pihak IWK akan mengemaskini akaun pembetungan anda dengan maklumat nama pemilik yang baru. Oh ye, pastikan saiz lampiran tersebut tidak melebihi 3 MB dan tiada tunggakan dalam bil tersebut ye.

  1. Tukar Nama Di Pejabat JMB atau Persatuan Penduduk

Bagi kes rumah strata atau yang mempunyai caj penyelenggaraan (maintenance fee), anda perlu daftar nama anda dengan pihak JMB atau Badan Pengurusan, bagi mengelakkan salah faham dan tunggakan hutang lama ke atas pemilik baru.

Biasanya peguam akan uruskan tunggakan hutang pemilik lama dahulu sebelum selesaikan semua urusan jual beli.

Tapi ada kes, hal ini terlepas pandang. Dan jadi masalah kepada pemilik baru.

Satu lagi adalah memaklumkan kepada pihak persatuan penduduk yang anda adalah pemilik baru bagi rumah tersebut. Ini