Pihak pembeli tidak sekali berfikiran jauh akan keadaan-keadaan di atas yang mana ia adalah bertentangan sama sekali dengan klausa-klausa yang tertulis di dalam perjanjian jual beli dan hanya akan memberikan kesan buruk kepada pihak Pembeli. Antaranya risiko-risikonya adalah:-
1) Sekiranya pihak Pembeli telah membuat proses ubah suai ke atas Hartanah tersebut sebelum proses jual beli sempurna dan malang tidak berbau secara tiba-tiba perjanjian jual beli tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu pihak Pembeli berisiko untuk menanggung kerugian ubah suai tersebut sendiri tanpa boleh membuat tuntutan daripada pihak Penjual kerana keputusan untuk mengubah suai hartanah tersebut adalah risiko keputusan yang diambil sendiri oleh pihak Pembeli;
2) Sekiranya pihak Penjual meninggal dunia sebelum urusan jual beli sempurna, Hartanah tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang harta pusaka dan waris- waris si mati berhak untuk menuntut Hartanah tersebut sebagai harta pusaka;
3) Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli Hartanah tersebut yang menyebabkan perjanjian jual beli terpaksa dibatalkan contohnya sekiranya Hartanah tersebut rupa-rupanya sedang dalam proses lelongan, sudah pasti pihak Pembeli perlu menyerahkan Hartanah tersebut kepada pembida yang berjaya dan atas risiko pihak Pembeli sendiri kebiasaannya pihak Penjual tidak akan melayan untuk menangungrugi pihak Pembeli kerana risiko tersebut adalah hasil keputusan pihak Pembeli. Kadang-kadang Penjual juga menyembunyikan hal sebenar tanpa pengetahuan pihak Pembeli asalkan Hartanah tersebut dapat diteruskan penjualannya bagi pihak Penjual mendapatkan wang semata-mata atas desakan hidup
Oleh yang demikian, kepada bakal Pembeli rancanglah terlebih dahulu sekiranya anda ingin membeli Hartanah seperti merancang tempat tinggal sebelum mengambil pemilikan kosong ke atas Hartanah yang dibeli dan elakkan daripada mengambil risiko untuk memiliki pemilikan kosong Hartanah sebelum perjanjian jual beli sempurna dilakukan.
Sekian, terima kasih.