Langkah-langkah dibawah boleh diambil kira oleh individu-individu yang berhasrat untuk memiliki Rumah/Hartanah.

1. PASTIKAN HARGA RUMAH BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN
Pastikan anda memilih rumah yang berada didalam bajet anda. Ini adalah satu tips yang sangat penting bagi mengelakkan anda menanggung bebanan bayaran rumah diluar kemampuan anda.

2.PILIH LOKASI YANG STRATEGIK DAN MEMUDAHKAN ANDA
Pemilihan lokasi yang strategik adalah salah satu faktor yang penting bagi seseorang Pembeli dalam membuat keputusan untuk membeli Rumah. Strategik disini bermaksud kawasan yang anda pilih untuk diduduki dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan awam, hospital, sekolah, dan berdekatan dengan susur keluar ke Lebuh Raya.

Dengan cara ini juga anda boleh tahu bahawa kawasan bagi Rumah yang anda ingin beli itu berpotensi untuk membangun dengan lebih baik atau tidak. Ini akan membantu anda semasa anda ingin menjual Rumah tersebut pada beberapa tahun yang akan datang, kerana terdapat potensi bagi Harga Pasaran untk Rumah tersebut untuk melonjak naik jauh lebih tinggi daripada harga yang anda beli.

3.DAPATKAN BANTUAN EJEN HARTANAH
Sekiranya anda berasa sukar untuk mencari Rumah, alternatif lain yang boleh Pembeli ambil kira adalah dengan mendapatkan khidmat daripada ejen Hartanah yang professional dan berdaftar. Dengan bantuan ejen Hartanah, mereka akan membantu anda menyenaraikan beberapa Rumah dikawasan-kawasan yang anda ingin diami dan mereka juga akan membantu anda dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman Bank.

4.SEMAK KELAYAKAN ANDA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN LOAN
Anda boleh menyemak atau berkunjung ke beberapa Bank bagi mendapatkan Pinjaman Perumahan. Sebaik-baiknya, pergilah ke beberapa jenis Bank untuk mendapatkan tawaran Peratusan Pinjaman yang tinggi dengan kadar faedah yang berpatutan.

Kebiasaanya, Bank akan meluluskan pinjaman 90% daripada Harga Rumah namun begitu ada juga Bank yang memberi kelulusan 95% ke 100% kelulusan Pinjaman daripada Harga Rumah.Segalanya bergantung kepada Gaji dan komitmen anda.

5.PELANTIKAN PEGUAM
Dalam proses pelantikan peguam anda haruslah memastikan bahawa anda telah memilih Peguam yang layak dan anda yakin boleh menguruskan Proses Jual Beli Rumah anda ini dengan lancar dan tanpa sebarang masalah yang serius. Ketahuilah bahawa sebagai seorang Pembeli Rumah anda mempunyai Hak untuk melantik Peguam anda sendiri bagi mewakili anda.