KENAPA PEGUAM HARTA PUSAKA SANGAT PENTING?

Kita sedia maklum bahawa apabila seseorang dalam kalangan ahli waris kita yang telah meninggal dunia perasaan sedih sehinggakan hampir terlupa perkara penting yang perlu dilakukan oleh waris itu sendiri untuk menguruskan harta pusaka simati . Alasan yang paling ketara diberikan oleh waris adalah tiada masa untuk menguruskan dan tiada langsung ilmu berkaitan pengurusan harta pusaka. 

Oleh yang demikian, artikel ini sangat penting untuk terutamanya ahli-ahli waris yang telah kematian ahli keluarga untuk melantik peguam harta pusaka sebagai suatu elemen penyelesaian bagi membantu menguruskan harta pusaka simati. Mengapakah peguam harta pusaka sangat penting? 

Pihak peguam mempunyai pengalaman dalam menguruskan harta pusaka di  mana kita semua sedia maklum bahawa proses untuk melaksanakan pengurusan harta pusaka simati amat sukar, dengan melantik peguam, peguam yang dilantik bersedia untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka tersebut.  

Selain itu, ada juga waris terpaksa menguruskan bertahun-tahun di samping tiada ilmu yang mendalam berkaitan undang-undang dan faraid pengurusan harta pusaka. Dengan melantik peguam, selain dari memberikan penerangan kepada waris, peguam juga dapat mengurusakan urusan pusaka dengan cepat dan mudah. Waris hanya perlu menunggu tarikh bicara dan perintah sahaja. Untuk dokumentasi permohonan  semua diuruskan oleh peguam. 

Dengan bantuan  peguam harta pusaka, waris akan lebih yakin apabila peguam akan terus berhubung dengan pihak bank, pejabat pusaka, ataupun mahkamah bagi mendapatkan maklumat yang telus berkaitan harta pusaka simati.

Peguam harta pusaka boleh menjadi orang tengah bagi mengelakkan konflik perebutan harta di antara ahli-ahli waris. Peguam pusaka akan bertindak sebagai orang tengah  bagi memastikan pembahagian harta pusaka dibahagikan secara adil samada melalui faraid atau muafakat.  Dengan adanya peguam, konflik keluarga akan cepat diselesaikan. 

Kepentingan melantik peguam pusaka juga adalah penerima harta pusaka akan menerima pusaka simati dengan cepat dan dapat melindungi harta pusaka daripada diterima oleh orang yang bukan waris. Selain itu juga, ada juga waris yang mengambil peluang untuk perebut harta pusaka dan tidak mengisytihar harta pusaka simati. Dengan melantik peguam, peguam akan menyemak fail dan hartanah simati satu persatu dengan membuat carian di pejabah tanah di mana peguam mempunyai kepakaran dalam semakan hartanah simati.

Banyak kepentingan sekiranya waris  di luar sana untuk melantik peguam pusaka bagi menguruskan harta pusaka simati. Dengan adanya peguam pusaka, pengurusan pusaka simati akan diruskan dengan mudah dan cepat maka, waris akan tenang dan simati damai di sana.