PENYEMPURNAAN GADAIAN

Penyempurnaan Gadaian adalah proses yang berlaku apabila pembeli membeli hartanah melalui pinjaman dan masih belum menyelesaikan bayaran pinjaman yang diberikan oleh Bank apabila Geran Individu atau Strata hartanah tersebut dikeluarkan. Ia merupakan proses untuk menyempurnakan gadaian Geran hartanah itu kepada pihak Bank apabila Geran Individu atau Strata itu dikeluarkan. Tujuan utama penyempurnaan gadaian adalah untuk menyediakan jaminan kepada Bank di mana Bank mempunyai hak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap hartanah yang digadaikan dalam keadaan pembeli gagal membuat pembayaran balik pinjaman.

Ini bermaksud apabila Penyempurnaan Pindah Milik diperlukan untuk mengambil hak milik dari pemaju atau penjual, Penyempurnaan Gadaian pula penting untuk memindahkan pemilikan tersebut kepada Bank.

Proses asas penyempurnaan gadaian

Langkah 1: Borang 16A (Gadaian) ditandatangani oleh pembeli/peminjam
Langkah 2: Borang 16A (Gadaian) ditandatangani oleh pihak Bank
Langkah 3: Dokumen berkaitan dimatikan setem di LHDN
Langkah 4: Pendaftaran dibuat di Pejabat Tanah
Langkah 5: Geran asal diberikan kepada Bank
Langkah 6: Pembeli/peminjam menerima salinan geran dan salinan Borang 16A

Dokumen diperlukan untuk penyempurnaan gadaian

  • Borang 16A dan lampiran
  • Salinan kad pengenalan pembeli/peminjam.
  • Salinan geran
  • Salinan perjanjian pinjaman
  • Resit cukai pintu
  • Resit cukai tanah
  • Dokumen berkaitan lain