PERBEZAAN PEMBELIAN DARI PEMAJU DAN SUBSALE

  1. Pemaju 

Jualan oleh Pemaju merujuk kepada pembelian hartanah secara langsung daripada Pemaju. Hartanah-hartanah ini biasanya baru dibina atau masih dalam pembinaan, di mana pembeli adalah pemilik pertama.

  1. Sub-sale

Sub-sale merujuk kepada pembelian hartanah daripada pemilik semasa, bukannya pembelian langsung dari Pemaju. Hartanah-hartanah ini biasanya telah diduduki atau digunakan oleh pemilik sebelumnya dan biasanya dijual dalam keadaan sedia ada.

 

No. Pemaju Sub-sale
1. Maklumat dan suratcara hartanah Akses mudah kepada maklumat hartanah. Semua maklumat mengenai hartanah boleh diperolehi daripada Pemaju. Lebih sukar untuk mencari Hartanah yang sesuai dan pemilik mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan dokumen bagi Hartanah tersebut.
2. Harga hartanah Harga tetap tetapi mungkin terdapat rebat atau insentif daripada Pemaju. Boleh dirunding antara pihak-pihak tetapi memerlukan lebih banyak usaha dan masa untuk mendapatkan perjanjian yang tepat bagi suatu Hartanah.
3. Yuran guaman dan duti setem Pemaju kebiasaannya menanggung duti setem dan yuran guaman Hartanah bagi pembeli atau Hartanah mungkin tertakluk kepada pengecualian di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Pembeli perlu menanggung semua kos bagi yuran guaman dan duti setem.
4. Keadaan hartanah Hartanah sepenuhnya baru dan biasanya dilengkapi dengan kemudahan moden. Hartanah dijual dalam keadaan asal dan sedia ada dan mungkin mempunyai ciri-ciri atau renovasi yang unik, bergantung kepada pemilik sebelumnya, tetapi Hartanah mungkin sudah lama dan memerlukan banyak pembaikan.
5. Perlindungan undang-undang dan pengawalseliaan Tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (HDA) dengan perlindungan kepada pembeli. Perlindungan pengawalseliaan mungkin kurang komprehensif, dan segala-galanya tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli yang disepakati dan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.
6. Tempoh waranti Biasanya dilengkapi dengan tempoh liabiliti kerosakan yang ditanggung oleh Pemaju dan pembeli boleh membuat tuntutan daripada Pemaju bagi kerosakan Hartanah. Tiada tempoh liabiliti kerosakan dan segala-galanya adalah berdasarkan prinsip “apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat”.
7. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) Hartanah tersebut disertakan dengan CCC. Hartanah mungkin dijual tanpa CCC dan terdapat risiko bahawa pemilik tidak memperoleh kelulusan untuk renovasi Hartanah mereka pada masa sebelumnya.
8. Risiko Risiko lebih tinggi. Memandangkan Hartanah masih dalam pembinaan dan pembeli tidak dapat melihat Hartanah, terdapat ketidakpastian mengenai kualiti Hartanah. Pembeli mungkin menanggung risiko Pemaju meninggalkan atau menangguhkan projek disebabkan masalah aliran tunai. Tiada risiko kelewatan pembinaan kerana Hartanah jualan semula adalah Hartanah yang telah siap. Boleh melihat dan memeriksa Hartanah sebelum pelaksanaan Perjanjian Jual Beli.
9. Tempoh menunggu untuk penyerahan pemilikan kosong Lama menunggu untuk penyerahan pemilikan kosong Hartanah. Mungkin mengambil masa sehingga 24 bulan atau 36 bulan atau apa-apa tempoh yang lebih lama, bergantung kepada penyelesaian pembinaan Hartanah oleh Pemaju. Kemasukan segera selepas penyelesaian Perjanjian Jual Beli, anggaran 2 – 3 bulan atau sehingga tempoh lebih lanjut, mengikut keadaan yang berkenaan.