Apa Maksud As Is Where Is Basis

Anda mesti pernah mendengar terma ‘As Is Where Is Basis’ dari peguam anda sebelum anda menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA). Walaupun telah diterangkan oleh peguam, mesti anda masih tidak boleh faham istilah yang sering digunapakai untuk hartanah dijual secara subsale.

Secara mudah, terma ini bermaksud hartanah yang dijual akan diterima oleh pembeli dalam keadaan sedia ada ketika first viewing. Penjual tidak akan membuat perubahan atau penambahbaikan terhadap hartanah tersebut melainkan ada persetujuan lain di antara penjual dan pembeli. 

Contohnya, pembeli datang view rumah dan nampak ada beberapa perkara seperti berikut:-

  • Dinding crack surface
  • Ada kitchen cabinet yang built-in
  • Ada set meja makan
  • Cat dinding dalam rumah sudah pudar

Berdasarkan As Is Where Is Basis, apa yang akan terjadi:-

  • Owner tak akan repair yang dinding yang ada crack surface
  • kitchen cabinet owner perlu tinggal dan tidak boleh ditanggalkan
  • set meja makan owner akan ambil kerana ia barang boleh dipindah atau digerakkan
  • Owner tidak akan cat semula bahagian dinding rumah yang pudar

Berdasarkan situasi di atas, kenapa ada perbezaan? Mari kita lihat.

Isu Utama Dalam As Is Where Is Basis

Biasanya terma ini melibatkan 2 keadaan, iaitu:

1) Kerosakan atau ‘Defect ‘

2) Fixtures and fittings yang ditinggalkan oleh penjual

  1. Kerosakan Defect

Defect ada 2 jenis iaitu patent defect dan latent defect. Patent defect ialah kerosakan yang secara zahir nampak semasa pembeli view rumah. Contohnya ada keretakan ‘crack’ pada dinding, lantai berlubang dan sebagainya

Manakala latent defect adalah yang tidak nampak secara zahir dengan mata. Contohnya ada leaking tapi ketika itu kesan tiada lagi dan lain-lain. Kerosakan itu sedia ada tapi mungkin akan nampak beberapa tempoh selepas pembeli terima kunci.

Berdasarkan term As Is Where Is Basis, segala kerosakan tidak akan diperbaiki oleh penjual. Kecuali penjual berjanji untuk baiki semasa pembeli view rumah. 

Dan kalau janji mulut sahaja, memang tidak meyakinkan. Jadi peguam akan memasukkan apa yang penjual janjikan untuk baiki di dalam SPA. Baru lah pembeli rasa selamat dan yakin yang penjual akan menunaikan janji tersebut.

  1. Fixture and fitting

Perabot atau peralatan di dalam rumah yang ada ketika viewing dibahagikan kepada 2 jenis iaitu fixture dan fitting. 

Fixture adalah perabot atau peralatan yang sudah melekat di bangunan seperti lampu, cabinet, kipas dan sebagainya. Kalau penjual menanggalkan atau mengambil fixture ini, akan mengakibatkan kerosakan atau kecacatan pada struktur bangunan dan dinding rumah.

Manakala Fitting pula ialah peralatan yang tidak melekat di bangunan seperti kerusi, meja makan, almari dan sebagainya. Senang cerita, barang yang boleh dialih sesuka hati.

Berdasarkan definisi 2 terma di atas, perabot atau peralatan yang kategori fixture tidak akan diubah atau diambil oleh penjual. Kalau dicabut juga, pembeli boleh meminta penjual memasang kembali barang tersebut. Manakala yang fitting pula kebiasaanya tidak diberikan kepada pembeli kecuali penjual dengan baik hati berjanji untuk meninggalkan apa-apa perabot boleh alih tersebut kepada pembeli.

Satu perkara lagi berkaitan fixture and fitting ini, senarai inventori perlu dilampirkan beserta dengan jenis dan bilangan di dalam SPA untuk mengelakkan penjual mengambil atau mencabut apa-apa barang tersebut.

Apa yang perlu anda ambil tahu?

Peguam tidak akan terlibat berkenaan viewing atau inspection rumah. Selalunya pembeli akan viewing dan inspect dengan ejen hartanah. Pihak peguam hanya akan menyediakan SPA berdasarkan apa yang dipersetujui di antara pembeli dan penjual. 

Oleh itu, pastikan anda sebagai pembeli viewing dan inspect rumah dengan teliti sebelum menandatangani SPA, dan pastikan segala defect yang dijanjikan untuk dibaiki atau fixture and fitting yang dijanjikan untuk ditinggalkan kepada pembeli, ada tersenarai di dalam SPA anda.

Jangan segan untuk menyatakan apa-apa ketidak puas hati anda semasa viewing. Lebih elok anda menyatakan apa-apa tuntutan sebelum sign SPA, atau kami akan anggap anda membeli rumah tersebut dengan keadaan as is where is basis atau seadanya, rosak atau tidak.