Geran Adalah Merupakan Satu Jenis Dokumen Yang Menjadi Bukti Pemilikan Seseorang Individu Ataupun Badan Syarikat Terhadap Satu-Satu Jenis Hartanah
JENIS- JENIS GERAN
a) HAKMILIK INDUK
Hakmilik bagi tanah yang lebih besar dan lebih luas kawasannya dan didaftarkan atas nama Pemaju atau nama Tuan Tanah.
b) HAKMILIK PENTADBIR TANAH
Hakmilik ini disimpan di Pejabat Tanah & Daerah. Contohnya:- H.S.(M), Geran Mukim, Pajakan Mukim
c) HAKMILIK PENDAFTAR TANAH
Hakmilik yang disimpan di Pejabat Tanah. Contohnya:H.S.(D), Geran, Pajakan Negeri
d) HAKMILIK SEMENTARA
Hakmilik yang belum dimuktamadkan dan belum diukur halus sempadan dan kawasannnya.Hakmilik ini dikenali dengan panggilan Hakmilik Sementara. Contohya:H.S.(M), (H.S.(D)
e) HAKMILIK MUKTAMAD
Hakmilik yang telah diukur halus dan kawasannya telah dimuktamadkan oleh pihak Pejabat Tanah.
Contohnya:-Geran, Pajakan Negeri, Pajakan Mukim
f) HAKMILIK STRATA
Hakmilik bagi satu bangunan yang dipecah bahagikan kepada petak-petak kecil bagi bangunan –bangunan bertingkat seperti Pangsapuri, Kondominium, Flat dimana dalam geran tersebut terkandung nombor hakmilik, nombor bangunan, nombor tingkat dan nombor petak bagi unit tersebut.
Contohnya:- GM/M1/1/16, GRN/M2/2/20