Pada kali ini kami akan mendedahkan kepada pembaca yang tercari-cari mengapa terdapat lelongan yang diadakan di tempat-tempat seperti pejabat pelelong, hotel-hotel, mahkamah tinggi dan pejabat tanah daerah. Rata-rata anakguam yang bertanyakan hal ini tidak mengetahui sebenarnya ada perbezaan hartanah-hartanah yang dilelong; Secara amnya terdapat tiga (3) jenis lelongan awam;

1. Lelongan hartanah di bawah LACA (Loan Agreement Cum Assignment) (Lelongan yang tidak dikeluarkan geran hakmilik ATAU yang dah keluar tetapi hakmilik masih lagi di atas nama pemaju) Kalau terma peguam kami panggil Master Title/ Issued Title.

Tempat dijalankan : Pusat pelelong (NST, Jalan Bangsar & Ng Chan Mau), hotel-hotel dan lain-lain tempat

Lelongan ini paling banyak anda lihat kerana ianya boleh dilakukan terus oleh pelelong selepas menerima arahan daripada bank dan makluman mengenai perngisytiharan jualan (Proclamation of Sale – POS) di dalan Suratkhabar.
Cuma nak maklumkan: anda perlu buat semakan yang terperinci berbanding dengan Lelongan No. 2 dan No. 3 di bawah.

2. Lelongan Pejabat Tanah Daerah-
Ada geran individu atau geran strata di atas nama Defenden (dalam POS)
(untuk hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah (No. Hakmilik yang tertera di atasnya seperti ‘Mukim’ atau (M) seperti HS(M), Geran Mukim, Pajakan Mukim (PM))

Tempat dijalankan lelongan tersebut : Pejabat Tanah Daerah

3. Lelongan Mahkamah Tinggi
Ada geran individu atau geran strata di atas nama Defenden (dalam POS)
(untuk hakmilik yang didaftarkan di bawah Pendaftar Negeri (No. Hakmilik mempunyai nama ‘Negeri’ atau (D) seperti HS(D), Pajankan Negeri, Geran)

Tempat dijalankan lelongan tersebut : Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi ni setiap negeri ada satu sahaja ya.
Contoh :
1. Hartanah lelongan di Negeri Selangor akan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam
2. Hartanah di Negeri Sembilan di Mahkamah Tinggi Seremban

Setiap jenis lelongan ini terdapat perkara-perkara yang perlu disemak sebelum anda membuat bidaan dalam proses lelongan awam. Perkara yang penting yang perlu disemak akan bersambung pada artikel yang akan datang. Nantikan..

Semoga artikel ini memberikan pencerahan kepada anda semua.