Berikut penularan wabak COVID-19 yang melanda Negara baru-baru ini, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mengekang penularan tersebut iaitu melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang pada pertama kalinya berkuatkuasa secara menyeluruh pada 18 Mac 2020.

Namun demikian, disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (pelbagai peringkat) dijalankan secara menyeluruh di kesemua kawasan, daerah dan negeri serta penggalakan kakitangan awam bekerja dari rumah atau sistem penggiliran bekerja dengan pematuhan SOP pencegahan COVID-19, hampir kesemua sektor awam dan swasta yang terlibat dalam urusan hartanah (sebagai contoh, Pejabat Tanah Galian, Pejabat Tanah dan Daerah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Mahkamah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga syarikat-syarikat Pemaju) juga turut terjejas teruk dan menjadikan proses transaksi jual beli Hartanah semakin lambat. Akibatnya, semua pihak yang terlibat, termasuk dan tidak terhad kepada pihak pembeli dan penjual dalam sesuatu Perjanjian Jualbeli Hartanah tidak dapat menjalankan obligasi atau tanggungjawab masing-masing dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan.