MENGAPAKAH HIBAH HARTANAH ADALAH PERANCANGAN HARTA YANG PALING PENTING?
Ada di kalangan kita semua pernah mendengar perkataan ‘Hibah” kan?. Sebenarnya apakah itu Hibah? Kenapa kita perlu hibah? Kenapa pentingnya hibah pada masa kini? Apakah kelebihan hibah? Siapakah yang perlu hibah? Kepada siapakah hibah ini dibuat? Bilakah kita perlu hibah? Apakah syarat-syaratnya? Semua persoalan di atas menjadi tanda tanya kepada kita tentang “HIBAH”.
HIBAH adalah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat semasa hidup atas dasar atau sebagai tanda kasih sayang. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu untuk menjadikan sesuatu hibah itu adalah sah.
Antara syaratnya yang pertama adalah Pemberi Hibah itu hendaklah berakal, aqil dan pemilik sah barang yang hendak dihibahkan, kedua adalah penerima hibah iaitu kepada sesiapa sahaja dan kepada yang belum cukup umur hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah bagi pihaknya, ketiga adalah harta/barang yang hendak dihibahkan adalah halal, bernilai di sisi syarak, milik mutlak /sempurna pemberi hibah, boleh diserahmilik, wujud pada masa hibah, keempat adalah ijab dan qabul (qabd) iaitu penerimaan dan penyerahan harta/barang yang dihibahkan.
Kelebihan dan Kepentingan hibah:-
- Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Pemberi hibah dan penerima hibah.
- Kadar pemberian hibah tidak ditetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan dan nilai yang hendak dihibahkan, ini kerana harta yang hendak dihibahkan merupakan milik pemberi hibah.
- Pemberi Hibah boleh memberikan atau membahagikan harta kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan boleh tentukan siapa yang layak sama ada ia merupakan waris atau bukan waris
- Pemilikan harta hibah yang sah akan berlaku dalam jangka masa yang sangat singkat kerana jumlah dan penerima hibah telah ditetapkan.
- Dapat memberikan hak kepada individu yang tidak menerima harta pusaka faraid. Sebagai contoh, jika seseorang itu hanya mempunyai anak angkat sahaja dan anak angkat adalah bukan waris dan tidak layak untuk menerima harta pusaka. Maka, jika adanya hibah, ank angkat tersebut dapat mendapat harta dari penerima hibah tersebut.
- Pelaksanaan hibah boleh dilakukan serta merta di mana pemberi hibah boleh menukarkan nama kepada penerima hibah semasa hidup beliau dan kelebihannya tidak akan ada isu yang timbul dan waris-waris yang lain tidak juga akan pertikaikan.
Antara golongan yang penting untuk menghibahkan hartanah adalah seperti berikuit:-
- Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan).
- Pasangan yang mempunyai anak perempuan Sahaja.
- Pasangan yang mempunyai anak angkat
- Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama
- Golongan yang berpoligami
- Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah
- Golongan yang sekian lama membujang
- Golongan yang mempunyai anak lelaki dan Perempuan
- Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
- Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji
- Ahli perniagaan
- pindahmilik/pertukaran nama yang telah berlaku.
Namun, dalam situasi sekarang di mana keperluan harta semakin mendesak dan kepercayaan semakin terhakis, maka adalah wajar sesuatu pemberian harta secara hibah tidak disusuli dengan pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Pertukaran nama atau pindah milik boleh dilakukan selepas kematian pemberi hibah semasa pembahagian harta pusaka dilakukan.
Walau bagaimanapun dokumen hibah perlu dibuat secara jelas atau bertulis supaya tidak berlaku sebarang pertikaian selepas kematian pemberi hibah serta mengikut hukum syarak. Selain itu, yang paling penting ialah, hibah yang sah tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah. Maksudnya hibah yang sah tidak boleh dituntut oleh orang lain termasuklah waris-waris. Hibah juga tidak termasuk di dalam faraid kerana hibah dikira sudah bertukar hak milik kepada penerima selepas menepati syarat-syarat yang ditetapkan hukum syarak.
Sebagai kesimpulannya, instrumen hibah mempunyai keistimewaannya dan kepentingannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza dengan instrumen-intrumen lain dan lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini.