Penyempurnaan Gadaian adalah berkait dengan Penyempurnaan Pindahmilik. Dimana Penyempurnaan Gadaian terlibat apabila Hartanah yang Semasa Pembelian Hartanah Tersebut, Pemaju Masih Belum Mengeluarkan Hakmilik Strata/ Hakmilik Individu Bagi Hartanah Tersebut Di Mana Hartanah Tersebut Masih Lagi Dibawah Hakmilik Induk (Atau Geran Bagi Unit Rumah Itu Sendiri) Seperti Pangsapuri Dan Kondominium DAN Pembeliannya dilakukan dengan Pembiayaan Pinjaman Dari Insitusi –Institusi Kewangan.
Semasa Pembeli Membuat Pinjaman Perumahan kepada Institusi-Institusi Kewangan (selepas ini disebut sebagai Bank). Terdapat Satu Klausa Yang Ditulis Didalam Perjanjian Pinjaman Yang Ditandatangani Oleh Peminjam dan Bank Bahawa Sekiranya Selepas Pinjaman dilunaskan ke atas Pembelian Hartanah Itu dan Hakmilik Strata/ Hakmilik Individu Telah Dikeluarkan Bagi Unit Rumah Yang Dibeli dengan Pinjaman Bank dan Status Pinjaman tersebut masih lagi aktif, Maka Adalah Menjadi Tanggungjawab Bagi Peminjam Untuk Membuat Penyempurnaan Gadaian.
Justeru itu, Sebagai Pemilik Benifisiari Hartanah Tersebut yang Membuat Pinjaman Kewangan kepada Bank, Adalah Menjadi Tanggung Jawab Anda Untuk Membuat Penyempurnaan Pindahmilik BERSAMA-SAMA Penyempurnaan Gadaian Dimana Anda Harus Mendaftarkan Nama Anda Ke Atas Hakmilik Yang Telah Dikeluarkan Dan Menjadi Pemilik Berdaftar Bagi Hartanah Yang Telah Dibeli dan Mendaftarkan nama Bank yang memberi Pinjaman Perumahan kepada Anda (Sekiranya Masih Ada Lagi Baki Pinjaman).
Terdapat Kos Tambahan Yang Perlu Dibayar Oleh Pembeli Bagi Peguam Untuk Melaksanakan Proses Penyempurnaan Gadaian. Anda Boleh Memilih Sama Ada Anda ingin melantik Peguam yang sama mengendalikan Proses Pinjaman Perumahan Anda untuk melakukan Proses Penyempurnaan Gadaian ataupun Anda juga boleh melantik Peguam yang lain sekiranya tiada bantahan daripada pihak Bank. Namun, Sila Pastikan Pihak Peguam yang dilantik mestilah dalam kalangan Panel Peguam bagi Bank Pinjaman Anda.
Penyempurnaan Gadaian adalah TIDAK PERLU Sekiranya Pinjaman Perumahan Anda telah diselesaikan sepenuhnya kepada Bank.